Biodata Dr Zaliha binti Mustafa                      

 

 


           
Dr Zaliha binti Mustafa telah dilahirkan pada 28 Jun 1964. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik. Anak kelahiran Johor ini telah dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana dan menetap di Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru.

            Bersekolah di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) dan kemudiannya menerima tawaran memasuki asrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara Kota Bahru, Kelantan. Keputusan cemerlang yang diperolehinya ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Meskipun pelbagai tawaran telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, beliau akhirnya telah memilih untuk meneruskan pelajaran di tanahair sendiri iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

           Pada tanggal Ogos 1989, beliau telah dikurniakan dengan Ijazah Kedoktoran MD.UKM. Memulakan kerjaya sebagai seorang Doktor Siswazah di Hospital Sulatanah Aminah Johor Bahru dari tahun 1989  hingga 1990 dan kemudiannya berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Pekan, Pahang selama 10 bulan. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Taiping selama lebih dua tahun. Beliau kembali ke negeri Johor pada tahun 1995 dan bekerja di Klinik Swasta bersama Kumpulan Perubatan Penawar, dan ini beliau telah memiliki kliniknya sendiri yang terletak di Bandar Putra Kulai.

 
-Copyright© 2004, Parti Keadilan All Rights Reserved.